Kuda Indian Amerika

Kuda Indian Amerika seperti ditakrifkan oleh daftar bakanya adalah seekor kuda yang mungkin membawa genetik leluhur kuda Barb Sepanyol, Arab, Mustang, atau "Foundation" Appaloosa.[1] Ia merupakan keturunan kuda-kuda yang asalnya dibawa masuk penjajah Sepanyol dan diperolehi oleh orang-orang Asli Amerika.[2] Daftar ini telah ditubuhkan pada tahun 1961 apabila beberapa para pembiak kuda berdarah Kuda Penjajah Sepanyol menganggap para pembiak kuda Mustang Sepanyol menjauhi phenotaip "kuda Indian" asli.[3] Pertubuhan ini dimulakan "untuk tujuan mengumpul. merekod dan memelihara latar belakang Kuda Indian Amerika."[4] Pendaftar ini juga membenarkan "hibrid [sic] dan keturunan" Kuda Penjajah Sepanyol asli untuk didaftarkan.[5] Kuda-kuda yang telah didaftarkan dengan pendaftar-pendaftar lain akan didaftar dua kali dengan pendaftar ini sekiranya ia memenuhi syarat-syarat bentuk umum.[1]